Wednesday, 15 May 2013

Renungan bersama....

KEDAMAIAN dan ketenangan hidup merupakan harapan setiap insan. Kemesraan dan kesefahaman antara suami isteri, membuahkan kerinduan yang mendalam. Jika kebahagiaan itu diganggu dengan duri-duri kehidupan yang menggores jiwa dan perasaan, secara perlahan kemesraan rumahtangga tersebut menjadi terhakis. Untuk menetapkan kebahagiaan rumahtangga dari hakisan, hindarilah sesuatu yang dapat menimbulkan kebimbangan dan keraguan dalam jiwa.

Monday, 1 April 2013

Mahabbah kepada Nabi SAW

Tersebut dalam kisah bahawa seorang lelaki melihat sejenis makhluk yang amat mengerikan. Lalu dia bertanya: "Siapakah engkau?". Makhluk itu menjawab: "Akulah amalmu yang buruk." Lelaki itu bertanya, "Apakah caranya agar aku dapat selamat daripada engkau?". Makhluk itu menjawab: "Dengan membaca selawat kepada Nabi SAW."

Rasullullah SAW bersabda:

"Selawat kepadaku adalah nur atas titian. Barangsiapa membaca selawat kepadaku pada hari Jumaat lapan puluh kali, maka Allah akan mengampuni dosanya setahun."

Barangsiapa mengaku empat hal tanpa bukti empat hal, pengakuannya adalah dusta.

1) Barangsiapa mengaku cinta SYURGA, namun tidak taat jelas dia bohong.
2) Barangsiapa mengaku cinta NABI SAW, namun tidak menyukai ulama dan fuqara maka pengakuaanya tidak benar.
3) Barangsiapa mengaku takut akan NERAKA, tetapi tidak meninggalkan maksiat tanda dia dusta.
4) Barangsiapa mengaku cinta kepada ALLAH, padahal dia mengeluh ketika ditimpa bala maka pengakuaanya adalah bohong.

Syair Rabi'ah Al-Adawiyah:

Engkau derhaka
tetapi mengaku cinta padaNya.
Inilah keanehan zamanku
Jika benar engkau cinta
Tentulah mentaatinya
Selalu...


Monday, 25 March 2013

KHAS BUAT RAJA MUHAMMAD ARYAN AL-A'FASI

Usiamu baru mencecah 7 bulan. Masih lagi dalam kandungan mama. Tetapi setiap gerak-gerimu membuatkan hati mama melonjak gembira. Ah, tidak sabar untuk menatap wajahmu. Mama selalu membayangkan wajahmu...mungkinkah iras-iras mama..atau babamu. Mama terlalu gembira..tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata, tidak dapat diukirkan dengan sebuah arca, ...sungguh, mama gembira.
Mama menunggu kehadiranmu sayang...RAJA MUHAMMAD ARYAN AL-A'FASI. Moga akhlak dan peribadimu seindah namamu.  



  • DOA AGAR ANAK DALAM KANDUNGAN DIPELIHARA










َ
Maksudnya: 

"Ya Allah, peliharalah anakku semasa dia di dalam kandunganku ini, dan sembuh serta sihatkanlah dia, sesungguhnya Engkau Maha Penyembuh, tiada kesembuhan melainkan dengan penawar-Mu, kesembuhan yang tiada meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, jadikanlah dia sihat sempurna daripada dalam kandunganku ini dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera, tetapkan hatinya beriman dengan-Mu dan rasul-Mu. Ya Allah, jadikanlah dia sihat sempurna, cerdik, berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkan tubuh badannya, dan elokkanlah akhlak serta perangainya, fasihkanlah lidahnya dan elokkanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadith dengan berkat Nabi Muhammad SAW."

Aaminn.




  • SURAH-SURAH AMALAN UNTUK IBU MENGANDUNG







  • DOA AGAR MENDAPAT ANAK YANG BAIK







CINTA ALLAH DALAM RUMAHTANGGA


"Perkahwinan boleh menjadi PUSARA PERCINTAAN. Perkahwinan juga boleh menjadi KEBUN PERCINTAAN. Terpulang kepada kita membuat pilihan!". (Ustaz Pahrol Mohd Juoi)