Monday, 25 March 2013

KHAS BUAT RAJA MUHAMMAD ARYAN AL-A'FASI

Usiamu baru mencecah 7 bulan. Masih lagi dalam kandungan mama. Tetapi setiap gerak-gerimu membuatkan hati mama melonjak gembira. Ah, tidak sabar untuk menatap wajahmu. Mama selalu membayangkan wajahmu...mungkinkah iras-iras mama..atau babamu. Mama terlalu gembira..tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata, tidak dapat diukirkan dengan sebuah arca, ...sungguh, mama gembira.
Mama menunggu kehadiranmu sayang...RAJA MUHAMMAD ARYAN AL-A'FASI. Moga akhlak dan peribadimu seindah namamu.  



  • DOA AGAR ANAK DALAM KANDUNGAN DIPELIHARA










َ
Maksudnya: 

"Ya Allah, peliharalah anakku semasa dia di dalam kandunganku ini, dan sembuh serta sihatkanlah dia, sesungguhnya Engkau Maha Penyembuh, tiada kesembuhan melainkan dengan penawar-Mu, kesembuhan yang tiada meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, jadikanlah dia sihat sempurna daripada dalam kandunganku ini dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera, tetapkan hatinya beriman dengan-Mu dan rasul-Mu. Ya Allah, jadikanlah dia sihat sempurna, cerdik, berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkan tubuh badannya, dan elokkanlah akhlak serta perangainya, fasihkanlah lidahnya dan elokkanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadith dengan berkat Nabi Muhammad SAW."

Aaminn.




  • SURAH-SURAH AMALAN UNTUK IBU MENGANDUNG







  • DOA AGAR MENDAPAT ANAK YANG BAIK







CINTA ALLAH DALAM RUMAHTANGGA


"Perkahwinan boleh menjadi PUSARA PERCINTAAN. Perkahwinan juga boleh menjadi KEBUN PERCINTAAN. Terpulang kepada kita membuat pilihan!". (Ustaz Pahrol Mohd Juoi)